Ingin Pendapatan RM4000.00-RM5000.00 Sebulan ?

Sertai Segera BAKAL JUTAWAN INTERNET. Keahlian Percuma

Monday, April 30, 2007

Madu Asli

Untuk membolehkan madu digunakan bagi merawat pelabagai penyakit, madu yang digunakan hendaklah dipastikan keaslian serta ketulinannya. Ini kerana dipasaran sekarang terdapat pelbagai madu tiruan dan juga madu campuran !.

Madu asli yang saya maksudkan adalah madu yang sebenarnya dihasilkan daripada lebah, samaada madu daripada lebah yang diternak ataupun madu lebah yang diperolehi daripada hutan. Madu lebah asli yang didapati daripada hutan adalah yang terbaik bagi saya, kerana madu ini dihasilkan secara semula jadi oleh lebah hasil daripada hisapan manisan oleh lebah daripada pelbagai jenis bunga - bungaan.

Manakala madu lebah yang dihasilkan daripada lebah ternak,mmm kadang - kadang lebah ini diberi makan gula ataupun gula perang supaya ianya dapat menghasilkan madu dengan banyak supaya dapat dijual dengan banyak !.

Madu tiruan pula adalah dihasilkan oleh manusia.Jika kita lihat kandungan madu utama ialah terdiri daripada gula fruktosa (atau gula buah) dan juga glukosa. Manusia dengan teknologi boleh hasil glukosa dan fruktosa ini dengan hanya memasak gula biasa atau gula tebu(sukrosa; sukrosa terdiri daripada glukosa dan fruktosa ) bersama sedikit asid citrik. Maka akan terhasilah larutan pekat campuran glukosa dan fruktosa.

Manusia yang tamak akan menjual sirap ini sebagai madu ataupun dicampurkan dengan madu asli dan dijual pada harga yang mahal. Ingatlah gula sekilo berapa madu sekilo berapa !. Oleh itu dengan membuat teknik ini, manusia yang tamak akan untung berlipat kali ganda !.

Bila kita beli madu jenis ini, maka tiadalah ia menjadi ubat, kerana yang menjadi ubat itu adalah madu yang wajib dihasilkan oleh lebah. Untuk mencari madu hutan asli ini tidak sukar kerana FAMA ataupun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ada menjual madu ini. Madu ini adalah madu asli yang diperolehi daripada lebah yang bersarang dipokok tualang.

Anda boleh membeli madu ini dipasaraya ataupun dipejabat FAMA yang berdekatan dengan mereka.Gunakanlah madu ini dalam amalan anda.Insya Allah saya yakin anda akan dapat lihat perubahannya.

Saya akan mencari lagi pengeluar madu asli hutan, dan jika ada saya akan paparkan ke blog ini.

Ini madu yang dijual oleh FAMA dengan jenama Agromas, ia boleh diperolehi di Agrobazar USJ 1 dekat pasaraya Mydin. Saya mengesyorkan anda menggunkan madu ini kerana saya sendiri telah melawati tempat ini di Kuala Nerang Kedah baru baru ini dan saya sendiri telah mengamalkan makan madu asli satu sudu teh setiap pagi. Alhamdulillah badan sihat.




Madu Lebah Tualang

6 comments:

Kain Ela DotCom said...

assalamualaikum..
puas jgk saya cari madu agromas ni.. sbb haritu ada kat tv1(kalau tak silap) pasal madu ni..the only madu yg tulen setelah diujikaji.

so lepas saya tgk blog ni saya pon gi la cari kt mydin usj. skali dia punye jurujual ckp yg ni tak ori sbb ada tambah gula. dia syorkan 'madu hutan pak long'.. dia kata yg tu yg asli.. dia tak suggest customer beli yg agromas tu..last2 saya try la yg madu paklong tu..

hmmm mana satu yg betul yek?

Asikin said...

terima kasih baca blog ni...madu agromas adalah madu hutan asli...biasala jurujual produk akan promote produk mereka...Madu Lebah Agromas dijual oleh FAMA. Badan kerajaan.

Saya sendiri dah pergi tempat tu..

anyway thanks for reading

C.e.T.o.T said...

selain kat usj tu. kat mana lagi nak cari madu agromas ni? kat area KL ade tak? pandan indah? ampang?

SOBIHAH said...

kat melawati ada.kat sri gombak pun ada. boleh masuk website FAMA utk lihat senarai Agro Bazar. Agrobazar ni jual barang2 Agromas.kat RnR ayer keroh pun ada.

stars said...

saya baru beli madu tualang agromas,
saya pun rase agak curiga sedikit, kerana terdapat mendapat, dah berkeledak sedikit, ikut apa yang telah saya baca madu tualang original tk akan ada mendapan dan berkeladak btl ke fama neh jual madu tualang orignal erk..?

Unknown said...

Braper harga

33.3 BILION SMS DIHANTAR TAHUN 2006 DI MALAYSIA. JADILAH AGEN PERPAID SEGERA. KEAHLIAN PERCUMA

TAK JUMPA APA YANG ANDA MAHU ?. CUBA CARI

Google