Madu asli yang saya maksudkan adalah madu yang sebenarnya dihasilkan daripada lebah, samaada madu daripada lebah yang diternak ataupun madu lebah yang diperolehi daripada hutan. Madu lebah asli yang didapati daripada hutan adalah yang terbaik bagi saya, kerana madu ini dihasilkan secara semula jadi oleh lebah hasil daripada hisapan manisan oleh lebah daripada pelbagai jenis bunga - bungaan.
Manakala madu lebah yang dihasilkan daripada lebah ternak,mmm kadang - kadang lebah ini diberi makan gula ataupun gula perang supaya ianya dapat menghasilkan madu dengan banyak supaya dapat dijual dengan banyak !.
Madu tiruan pula adalah dihasilkan oleh manusia.Jika kita lihat kandungan madu utama ialah terdiri daripada gula fruktosa (atau gula buah) dan juga glukosa. Manusia dengan teknologi boleh hasil glukosa dan fruktosa ini dengan hanya memasak gula biasa atau gula tebu(sukrosa; sukrosa terdiri daripada glukosa dan fruktosa ) bersama sedikit asid citrik. Maka akan terhasilah larutan pekat campuran glukosa dan fruktosa.
Manusia yang tamak akan menjual sirap ini sebagai madu ataupun dicampurkan dengan madu asli dan dijual pada harga yang mahal. Ingatlah gula sekilo berapa madu sekilo berapa !. Oleh itu dengan membuat teknik ini, manusia yang tamak akan untung berlipat kali ganda !.
Bila kita beli madu jenis ini, maka tiadalah ia menjadi ubat, kerana yang menjadi ubat itu adalah madu yang wajib dihasilkan oleh lebah. Untuk mencari madu hutan asli ini tidak sukar kerana FAMA ataupun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ada menjual madu ini. Madu ini adalah madu asli yang diperolehi daripada lebah yang bersarang dipokok tualang.
Anda boleh membeli madu ini dipasaraya ataupun dipejabat FAMA yang berdekatan dengan mereka.Gunakanlah madu ini dalam amalan anda.Insya Allah saya yakin anda akan dapat lihat perubahannya.
Saya akan mencari lagi pengeluar madu asli hutan, dan jika ada saya akan paparkan ke blog ini.
Ini madu yang dijual oleh FAMA dengan jenama Agromas, ia boleh diperolehi di Agrobazar USJ 1 dekat pasaraya Mydin. Saya mengesyorkan anda menggunkan madu ini kerana saya sendiri telah melawati tempat ini di Kuala Nerang Kedah baru baru ini dan saya sendiri telah mengamalkan makan madu asli satu sudu teh setiap pagi. Alhamdulillah badan sihat.



