Ingin Pendapatan RM4000.00-RM5000.00 Sebulan ?

Sertai Segera BAKAL JUTAWAN INTERNET. Keahlian Percuma

Friday, August 24, 2007

Sabun Madu


Dalam usaha mempelbagaikan penggunaan madu sebagai penawar, telah satu produk baru telah diperkenalkan kepasaran iaitu Sabun Madu. Sabun madu percayai, jika dipakai semasa mandi akan menjadikan kulit halus dan licin.

Sabun madu amat baik kepada wanita yang pentingkan kecantikan. Sabun madu juga bertindak sebagai penawar kepada penuaan dan penyakit kulit yang lain

Monday, August 20, 2007

Madu sebagai UBAT ?

Madu diyakini boleh menjadi penawar. Madu jika disapu pada pelbagai jenis penyakit seperti luka dan lain - lain dapat menyembuhkan luka berkenaan. Kenapa madu tidak digembar gembur sebagai ubat ?. Satu sebabnya adalah ia tidak dapat dipatentkan !.Dengan ini syarikat besar tidak dapat kaut untung. So kenapa nak bagi publisiti lebih kepada madu !.

Saya rasa itu sebabnya. Madu dapat bunuh banyak kuman, yang setengah kuman ini tak dapat dibunuh oleh antibiotik. Ia telah diuji dalam makmal. Jika tak percaya download buku percuma madu rawat luka pesakit kencing manis.

Cuba sendiri, dan boleh edar. Harap ini dapat membantu anda. Supaya anggota pesakit kencing manis tak perlu dipotong. !

Friday, August 17, 2007

Kualiti Madu

Kualiti madu merupakan faktor utama bagi mempastikan ia berkesan untuk memberikan keupayaan untuk menjadi penawar. Pertama sekali harus difahami terdapat juga penjual yang tidak bertanggung jawap mencampurkan air gula kedalam madu untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.

Madu hanya mempunyai sedikit sahaja peratus kandungan air. Ada yang mengatakan, jika nak tahu madu asli, celup sahaja anak mancis kedalam madu dan kemudian cuba goreskan mancis tersebut. Jika mancis menyala mengeluarkan api, madu itu asli. Jika tidak, madu bukan asli. Logiknya ada kerana jika mancis itu basah kerana kandungan air banyak dalam madu, mancis tak menyala bila digoreskan.

Thursday, August 16, 2007

Madu dan Minyak Kelapa Dara

Madu merupakan penawar yang hebat. Walaubagaimana pun terdapat juga satu lagi penawar yang telah saya gunakan adalah Minyak Kelapa Dara. Minyak Kelapa Dara dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan penyakit yang lain.

Minyak kelapa dara tidak mengandungi kolesterol dan juga asid lemak trans yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Jika anda ada pelbagai penyakit kulit, ruam lampin dan seumpamanya, sapukan sahaja dengan minyak kelapa dara, insya Allah akan sembuh.

Minyak Kelapa Dara jika diminum dapat memulihkan tenaga dan pelbagai penyakit dalaman badan. Jika anda berminat untuk mendapatkan minyak kelapa dara, anda boleh pesan dilaman web BIO-ASLI. Pesanan anda akan dipos terus kerumah.

Jika anda ingin dapatkan ebuku percuma berkenaan minyak kelapa dara dalam bahasa English anda boleh dapatkan di Coconut Life

Wednesday, August 15, 2007

Penggunaan madu merawat luka

Madu boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Satu kaedah merawat penyakit dengan madu ialah perawatan luka terutama pada pesakit kencing manis. Cara paling mudah ialah luka yang ataupun kudis berkenaan hendaklah dibersihkan dahulu dengan menggunakan kapas yang telah dicelupkan dalam air suam.

Buangkan segala kekotoran pada luka berkenaan. Setelah dibersihkan, sapukan madu asli (yang diyakini asli contoh seperti Madu Agromas yang dipasarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA) pada luka berkenaan.

Kemudian baluti luka berkenaan dan diikat supaya tidak terbuka. Ulangi kaedah ini setiap hari. Insya Allah luka berkenaan akan sembuh. Lakukan dengan sabar kerana ia akan ambil masa kurang - kurang 40 hari untuk lihat kesannya.

Madu telah diuji dimakmal dapat membunuh pelbagi jenis kuman yang merbahaya untuk luka terutama luka pada pesakit kencing manis. Perkara yang penting perlu pastikan keaslian madu, berusaha dengan sabar dan berdoa kepada Allah s.w.t. Madu hanya penyebab, kuasa penyembuh adalah daripada Allah s.w.t.

Kepada sesiapa yang telah mencuba harap dapat kongsi pengalaman anda diruang comment blog ini.

Monday, June 4, 2007

Madu Palsu

Di pasaran memang terdapat banyak madu palsu atau pun madu racun. Madu palsu ini dibuat dikilang..Adalah disebabkan madu terdiri dari gula fruktosa (gula buah) dan juga glukosa, maka madu palsu ini boleh diciptakan. Cara nya amat mudah. Larutan gula pasir akan dipanaskan dengan menggunakan asid citrik. Maka gula pasir atau gula tebu yang molekulnya terdiri daripada gula fruktosa dan glukosa akan berpecah menjadi fruktosa dan juga glukosa.

Jika kita analisa atau uji madu palsu ni dimakmal ia kelihatan seperti madu kerana kandungan glukosa dan fruktosa wujud didalamnya. Namun begitu khasiatnya tak sama dengan madu dari perut lebah. Sebab yang jadi ubat tu madu daripada perut lebah.

Friday, May 11, 2007

Penggunaan Madu Lebah Mengikut Perspektif Islam dan al-Quran


Oleh Shukri Ahmad,Pusat Islam, UUM
Pendahuluan
Al-Quran merupakan kitab petunjuk kepada manusia yang penuh dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan. Rahsia khazanahnya tidak akan habis sampai bila-bila sekalipun ia terus dikaji dan digali. Allah memberikan sedikit pengetahuan kepada ilmuan untuk mengetahui rahsia al-Quran berdasarkan ketajaman intelek dan rohani, pemahaman, hidayah dan ilham yang dikurniakan Allah kepada mereka. Al-Quran terlalu luas isinya. Jika dibuka satu pintu daripadanya, didapati dibelakangnya terdapat pintu-pintu lain yang kuncinya disisi Allah Taala. Firman Allah:

”Tiadalah kami meluputkan sesuatupun didalam al-Kitab” (al-Quran)

Sememangnya al-Quran bukan kitab sains, matematik dan sebagainya. Namun, kitab al-Quran telah menyingkap segala konsep ilmu yang merentasi semua ilmu pengetahuan. Jika kita ingin menyelidiki ilmu yang berkaitan dengan sains, al-Quran memberikan jawapannya. Demikian juga ilmu-ilmu yang lain, al-Quran menyingkap jawapan dengan penuh yakin. Cumanya, apabila didapati seolah-olah wujud pertembungan di antara ilmu kajian manusia dengan al-Quran, ternyata ia adalah kelemahan manusia memahami limu kajian mereka, bukan kebenaran al-Quran.

Terdapat ulama yang melarang kajian-kajian khususnya membabitkan sains dikaitkan dengan al-Quran jika matlamat kajian itu semata-mata menyesuaikan di antara kedua-duanya. Mereka berpendapat al-Quran tidak menyentuh soal-soal ilmiah, sama ada yang berkaitan dengan kaedah atau fenomenanya. Pada mereka, penemuan sains sering mengalami perubahan. Jika terdapat ilmuan yang cuba menjadikan tafsiran al-Quran mengikut maklumat sains, di bimbangi akan terjadi usaha berlebih-lebihan untuk menjadikan penemuan tersebut suatu kebenaran seperti maksud al-Quran.

Namun, Syeikh Tantawi ulama al-Azhar sebaliknya meyakini bahawa terdapat hubungan yang erat di antara al-Quran dan sains. Pada Tantawi, al-Quran adalah kitab yang hidayah kepada manusia. Bahasa al-Quran adalah tinggi, malah susunan bahasanya sampai ke peringkat susunan bahasa sains paling tinggi. Apabila peraturan sains berubah, maka yang salah ialah pemahaman manusia terhadap maksud Allah tentang ayat-ayatNya. Semuga usaha memahami rahsia alam melalui sains dengan bantuan ayat Allah akan menjadikan kita lebih teguh iman dan ketakwaan kepada Maha Pencipta.

Madu Lebah dalam al-Quran

Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Ayat di atas adalah perkhabaran Allah kepada manusia mengenai tugas yang dibebankan kepada lebah. Lafaz yang ditujukan kepada lebah ialah bentuk ”mu`annath” yakni betina. Ini sesuai dengan keadaan yang berlaku dalam kerajaan lebah dan sesuai pula dengan kehidupannya. Ini kerana kerajaan lebah adalah dipimpin betina dan bilangan lebah jantannya jauh lebih kecil daripada bilangan lebah betina. Dari segi yang lain, peranan lebah jantan dalam kerajaan lebah lebih terhad, hanya untuk memberikan keturunan kepada betina. Apabila selesai lalu semuanya mati, tidak ada yang tinggal kecuali betina sahaja iaitu ratu dan pekerja betina yang bertugas mencari madu dan membuat sarang.

Al-Quran juga menjelaskan mengenai fungsi lebah iaitu memakan berbagai buah-buahan (madu bunga). Jika diperhalusi kenyataan al-Quran tentang buah-buahan ini di dapati pada ayat sebelumnya Allah telah menerangkan mengenai fungsi air yang sangat besar dan manfaatnya kepada alam. Antaranya ialah air menghidupkan bumi yang tandus, menyebabkan adanya susu di dalam tubuh binatang ternak dan menghasilkan pelbagai buah-buahan yang kemudiannya menghasilkan manisan dan zat gula. Malah, terdapat pelbagai keistimewaan yang lain di dalam buah-buahan seperti vitamin, protein, garam dan lain-lain lagi.

Apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai zat gula, hasilnya keluar sejenis minuman yang berbeza warnanya iaitu madu. Ini bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula yang diambil dari pelbagai buah-buahan. Timbul persoalan, kenapa al-Quran menyatakan ”dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya” tanpa disebut dengan bahasa ”pelbagai jenisnya”. Dr Abdul Karim Najib (1994) ketika memberikan komentarnya mengenai hal di atas menjelaskan bahawa warna pada madu lebah itu sangat penting kepada penyembuhan penyakit. Setiap jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang berbeza-beza. Kajian makmal yang dilakukannya menunjukkan, apabila pancaran cahaya putih melalui prisma kaca yang halus, cahaya putih tersebut akan bercabang menjadi tujuh warna. Kumpulan cahaya itu disebut spektrum. Setiap warna cahaya tersebut dari madu mempunyai gelombang yang panjangnya berbeza-beza. Sebab itu, jenis zat gula yang wujud di dalam madu berbeza-beza disebabkan warna-warna yang diserap di dalam madu tersebut berbeza-beza. Demikian juga dengan warna madu itu sendiri yang berlainan seperti putih, kuning dan merah yang mempunyai khasiat berbeza-beza.

Adalah hal yang tidak janggal jika diperhatikan persoalan warna yang dibincangkan di atas turut dibincangkan oleh pelbagai pihak. Sudah ada beberapa pihak yang mengkaji mengenai hubungan di antara kesihatan tubuh manusia dengan warna-warna yang ada di dalam bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini ditokok tambah pula dengan amalan perawatan tradisional kita juga mengesyorkan mandian bunga-bungaan yang berwarna terang bagi usaha memulihkan kesehatan badan. Tentunya, ia bertujuan bagi menghasilkan getaran dari warna-warna bunga itu untuk kesegaran tubuh badan seseorang.

Madu merupakan ubat bagi semua penyakit

Sesungguhnya madu merupakan ubat-ubatan bagi semua orang, bagaimanapun bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu ” padanya terdapat ubat bagi manusia”, dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit. Pendapat kedua ini memberikan pandangan berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Bahasa Arab

Mereka menyatakan lafaz syifa` merupakan isim nakirah yang tidak semestinya bermakna umum. Ia lebih bermaksud ubat sebahagian penyakit untuk sebahagian orang.

2. Hadis nabi yang mengisyaratkan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sedangkan ubat tersbut hanya diketahui oleh sebahagian orang sahaja.

3. Perbuatan Rasulullah yang berbekam dan tidak menggunakan madu sebagai ubat dalam semua keadaan.

4. Ramuan ubat yang diberikan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

5. Amalan para sahabat nabi dan tabiin

6. Kenyataan ilmu pengetahuan

7. Gambaran secara akal

Hadis Nabi s.a.w mngenai Madu

Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan hal-hal berikut.

1. Madu merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah tidak melihat pesakit, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya.

2. Supaya madu itu berfaedah dan berkesan, maka penggunanya perlu menggunakannya beberapa kali.

3. Semua jenis madu, bagaimanapun rupanya tetap mengandungi ubat bagi segala penyakit.

Amalan Rasulullah s.a.w mengenai madu

Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ” sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat” . Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).

Madu dalam tamadun manusia

Manusia sejak zaman berzaman sudah menggunakan madu sebagai makanan dan ubat. Masyarakat Mesir purba sudah menggunakan madu di dalam bidang ilmu perubatan mereka untuk mengubat penyakit luka, sakit perut, usus, pinggang dan mata. Mereka juga menggunakan madu untuk mengawet mayat supaya tidak busuk. Masyarakat Yunani dan Rumawi menganggap madu sebagai sumber kesihatan yang boleh memanjangkan usia.

Misalnya Pitagoras, seorang ahli matematik mengatakan beliau mengamalkan madu untuk hidup sehat. Beliau meninggal ketika berusia 90 tahun. Abu Qirat hidup 107 tahun adalah seo9rang yang sering mengamalkan meminum madu. Demikian juga Aristotle dan Galenos, ahli perubatan Greek. Ibn Sina menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”. (Abdul Karim Najib, 1994: 173-174)

Cara menggunakan madu

Dr Abdul Karim Najib menyebutkan cara menggunakan madu untuk rawatan sebagai berikut:

1. Pesakit dilarang meminum sebarang makanan selama lapan jam sebelum berubat dengan minuman madu.

2. Minumlah madu lebah kemudian pula air untuk meringankan madu tersebut.

3. Jika penyakit tersebut ringan, larangan makan makanan lain boleh dikurangkan masanya.

4. Penyakit kulit boleh diubati dengan menyapu madu tersebut.

5. Menggunakan madu bukan bermakna menyia-nyiakan pemeriksaan dan penggunaan ubat lain.

6. Keimanan dan kesabaran adalah sifat yang semestinya dimiliki pesakit, supaya proses berubat berjalan baik.

Kesimpulan
Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengkaji dan memahami dan mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu.

Wassalam.
Rujukan


Abdul Karim Najib al-Khatib (1994). Madu lebah ubat yang turun bersama wahyu (terj: ) Selangor: Pustaka Ilmi.

Abu Hamid al-Ghazali (2002). Rahsia kejadian makhluk. (ter: ). Kuala Lumpur: Crescent News.

Ibn Qayyim al-Jauziyah (1998). al-Tibb al-Nabawi. (ter: ). Selangor: Pustaka Ilmi.

Monday, April 30, 2007

Madu Asli

Untuk membolehkan madu digunakan bagi merawat pelabagai penyakit, madu yang digunakan hendaklah dipastikan keaslian serta ketulinannya. Ini kerana dipasaran sekarang terdapat pelbagai madu tiruan dan juga madu campuran !.

Madu asli yang saya maksudkan adalah madu yang sebenarnya dihasilkan daripada lebah, samaada madu daripada lebah yang diternak ataupun madu lebah yang diperolehi daripada hutan. Madu lebah asli yang didapati daripada hutan adalah yang terbaik bagi saya, kerana madu ini dihasilkan secara semula jadi oleh lebah hasil daripada hisapan manisan oleh lebah daripada pelbagai jenis bunga - bungaan.

Manakala madu lebah yang dihasilkan daripada lebah ternak,mmm kadang - kadang lebah ini diberi makan gula ataupun gula perang supaya ianya dapat menghasilkan madu dengan banyak supaya dapat dijual dengan banyak !.

Madu tiruan pula adalah dihasilkan oleh manusia.Jika kita lihat kandungan madu utama ialah terdiri daripada gula fruktosa (atau gula buah) dan juga glukosa. Manusia dengan teknologi boleh hasil glukosa dan fruktosa ini dengan hanya memasak gula biasa atau gula tebu(sukrosa; sukrosa terdiri daripada glukosa dan fruktosa ) bersama sedikit asid citrik. Maka akan terhasilah larutan pekat campuran glukosa dan fruktosa.

Manusia yang tamak akan menjual sirap ini sebagai madu ataupun dicampurkan dengan madu asli dan dijual pada harga yang mahal. Ingatlah gula sekilo berapa madu sekilo berapa !. Oleh itu dengan membuat teknik ini, manusia yang tamak akan untung berlipat kali ganda !.

Bila kita beli madu jenis ini, maka tiadalah ia menjadi ubat, kerana yang menjadi ubat itu adalah madu yang wajib dihasilkan oleh lebah. Untuk mencari madu hutan asli ini tidak sukar kerana FAMA ataupun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ada menjual madu ini. Madu ini adalah madu asli yang diperolehi daripada lebah yang bersarang dipokok tualang.

Anda boleh membeli madu ini dipasaraya ataupun dipejabat FAMA yang berdekatan dengan mereka.Gunakanlah madu ini dalam amalan anda.Insya Allah saya yakin anda akan dapat lihat perubahannya.

Saya akan mencari lagi pengeluar madu asli hutan, dan jika ada saya akan paparkan ke blog ini.

Ini madu yang dijual oleh FAMA dengan jenama Agromas, ia boleh diperolehi di Agrobazar USJ 1 dekat pasaraya Mydin. Saya mengesyorkan anda menggunkan madu ini kerana saya sendiri telah melawati tempat ini di Kuala Nerang Kedah baru baru ini dan saya sendiri telah mengamalkan makan madu asli satu sudu teh setiap pagi. Alhamdulillah badan sihat.




Madu Lebah Tualang

Sunday, April 29, 2007

Lebah dan Madu


Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja .Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl)

Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah.

Firman Allah: (Q:16:68-69)

Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir"

Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.

Madu yang di hasilkan oleh lebah terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dihinggap ataupun disedut oleh lebah.

Kepentingan pemakanan madu lebah dan penjagaannya dari segi kesihatan amat berkesan dan mempunyai pelbagai khasiat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya.

Madu lebah juga sesuai di amalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Mengikut ilmu kedoktoran hindu lama madu lebah mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda)sekiranya mengamalkan pengambilan madu lebah.

Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.

Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat .Khasiat madu lebah antaranya:

  1. Digunakan sebagai ubat sakit perut.
  2. Menghilangkan ketagihan dadah
  3. Menghilangkan kahak.
  4. Memutih dan menguatkan gigi
  5. Menghilangkan kesan terbakar pada kulit
  6. Menguatkan badan,bagi yang berumur.

Madu Penawar Pelbagai Penyakit



Madu merupakan hasilan yang dikeluarkan daripada lebah merupakan manisan yang amat berkhasiat dan juga merupakan penawar pelbagai penyakit. Telah berzaman madu digunakan sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

Amalkan memakan satu sudu teh madu setiap hari, insya Allah anda akan dijauhi oleh pelbagai penyakit merbahaya.

33.3 BILION SMS DIHANTAR TAHUN 2006 DI MALAYSIA. JADILAH AGEN PERPAID SEGERA. KEAHLIAN PERCUMA

TAK JUMPA APA YANG ANDA MAHU ?. CUBA CARI

Google